Influenza adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti hidung, tekak dan paru-paru. Virus ini mula merebak dari seseorang individu yang telah dijangkiti pada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan ( respiratory droplets ), dimana ia boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan. Wabak ini boleh mengancam nyawa seseorang yang dijangkiti, samada gejala jangkitan yang ringan mahupun serius, dalam keadaan yang tertentu.
Gejala influenza bermula dalam 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, antaranya :
- Demam
- Selesema
- Sakit tekak
- Sakit badan
- Sukar bernafas
- Cirit-birit dan sakit perut
Terdapat beberapa individu yang berisiko tinggi untuk mendapat influenza :
Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
Wanita hamil
Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
Individu dengan penyakit kronik ( kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain )
Individu obes
Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah ( seperti pesakit kanser,
penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dan lain-lain. )
Bagi mencegah virus Influenza daripada dijangkiti, anda boleh mendapatkan vaksinasi secara tahunan.
Selain daripada mendapatkan vaksin, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah :
Amalkan tahap kebersihan diri ( membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand
sanitizer
Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin (
menggunakan tisu atau pelitup muka )
Buang tisu atau pelitup muka ke dalam tong sampah
Jarakkan diri daripada individu yang bergejala sekurang-kurangnya jarak 1 meter
Rehat di rumah dan elakkan kunjung tempat tumpuan ramai
Sumber : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.