Bahaya E-cig dan Vape
‘E-cig’ atau didefinisikan sebagai rokok elektronik yang mengandungi nikotin, dan manakala ‘Vape’ tidak
mengandungi nikotin.
Komponen utama Vape/E-Cig :
a. Bateri
b. Atomiser
c. Katrij
Kandungan utama Rokok Elektronik adalah :
a. Nikotin
b. Propylene Glycol
c. Vegetable Glycerin
d. Bahan perisa dan pewarna
Kandungan utama Vape adalah :
a. Propylene Glycol
b. Vegetable Glycerin
c. Bahan Perisa dan pewarna
Kandungan dan Kesan Terhadap Kesihatan
1. Nikotin
Melebihi 2mg boleh memberi gangguan pada perut dan usus. Kesan daripada dos yang tinggi :
a. Sawan
b. Kegagaln pernafasan
c. Menyebabkan kematian
2. Propylene Glycol (PG)
Propyplene Glycol apabila dipanaskan menghasilkan bahan membebaskan formaldehyde. Formaldehyde
ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.
3. Vegetable Glycerin (VG)
Vegetable Glycerin adalah bahan yang digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Ia adalah
produk daripada sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Kesan penggunaan berpanjangan mengakibatkan
kerosakan organ dalaman.
4. Bahan perisa
Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras cytotoxicity
yang tinggi.
5. Logam berat
Tindak balas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian
atomizer (alat pemanas).
6. Partikel Terlalu Halus
Penyebaran partikel bergantung pada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti rokok
konvensional, partikel daripada rokok elektronik cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan
seterusnya memasuki sistem peredaran darah.
Kajian mendapati bahawa rokok elektronik dan vape adalah merupakan sebuah “Gateway” bagi
golongan remaja untuk memulakan tabiat merokok. Bagi perokok elektronik, mereka akan berasa lebih
sukar untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Akhir sekali, dalam
tempoh jangka masa panjang, rokok elektronik masih tidak dapat diketahui dan langkah pengawalan
serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan.
Sumber : Infosihat (Kementerian Kesihatan Malaysia)